saya Nur Farrah Azwin bt Jasni ingin memohon maaf diatas penukaran address blog saya..penukaran address blog ni atas sebab-sebab tertentu..jadi alamat blog saya yang terkini http://faranazrolmybeautifullife.blogspot.com/.. harap maklum ye...terima kasih...
Sunday, February 28, 2010
Friday, February 26, 2010
Menyesal - Ressa Herlambang
huuuhuuu..buat masa ni mak gilos tul ngan lagu ni ler..syahdu je mak dengor...tingat zaman bercinta-cintun dolu..layanzz....
semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia
bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu
bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela
* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu
Posted by Fara at 1:54 PM 1 comments
Thursday, February 25, 2010
Lucky....
actually aku nak post entry ni dah lama tapi aku belum berkesempatan nak tulis...lately aku asyik sakit je....entry ni aku dedicatedkan khas buat my hubby...tujuan aku tulis citer ni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga....aku cuma nak lahirkan rasa terharu aku di atas segala pengorbanan yang diberikan oleh hubby aku...sebenarnya hubby aku ni bukan jenis yang pandai tunjukkan kasih sayang secara direct...dia jugak xreti nak buat perkara yang romantik-romantik ni...dia jenis yang sempoi & simple...tp untuk aku dia dah buat macam-macam perkara yang dia xpernah buat sebelum dia kawin ngan aku....masa birthday aku dia pernah buatkan aku suprise macam beli bunga...hantar cup cakes....beli hadiah...sebab dia tau aku suka something yang suprise...dia belajar semua tu sebab nak bg aku happy.....yang buat aku lagi terharu bila aku sakit baru-baru ni...aku sakit kaki dan tak boleh nak tido....dia pun berjaga sama...dia tolong sapukan minyak dan urut2 kaki aku...kesian aku tengok dia...yelah esoknya dia nak kena g keje...sekarang ni tiap2 malam dia akan tolong aku sapu minyak kat kaki...dia rajin tolong aku buat keje rumah..xtvt basuh baju & sidai baju mmg dah jadi tugas dia...masa aku sakit dia tolong aku lipat baju...lepas tu sekarang ni aku batuk-batuk..tiap2 malam dia akan buatkan aku air asam jawa....pagi tadi dia tolong buatkan sebotol air asam....dia suruh bawa g keje..dia ckp semalam dia dengar aku batuk-batuk teruk...huuhuuu...hubby aku ni ringan tulang....bila aku minta tolong apa pun dia akan cuba tolong sedaya mungkin...hubby aku ni manja orangnya he..he...(aku suka)..setakat ni dia xpernah tinggikan suara dekat aku..bila dia marah dia akan diam..kalau dia tak suka dia akan cakap elok-elok...aku je kadang-kadang jadi lemak sebab dia layan aku camni...apa pun aku bertuah dan bersyukur sebab dia jadi suami aku...i'm very proud with him....dia sanggup layan perangai aku yang pelik ni..he..he..thanks a lot dear..fara tak kisah sayang macamana..dun wori...i love you as you are..fara terima sayang seadanya..tak perlu terlalu bersusah-payah untuk fara....terima kasih kerana jadi suami yang terbaik untuk fara...fara hargai setiap pengorbanan yang sayang lakukan...fara sentiasa berdoa agar kita dimurahkan rezeki...dikurniakan cahayamata...hidup bahagia sehingga ke akhir hayat..AMIN....
Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi
Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata
Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra
Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti
Posted by Fara at 1:54 PM 0 comments
kembali bekerja...
ari ni aku masuk opis lik setelah mengambil cuti semalam...aku demam....cian aku kan....malam selasa tu badan dah start panas...terus aku sms boss bgtau esoknya aku cuti...malam start demam tu xleh tido lgsg....panas badan yang membuatkan rasa tidak selesa...asik ulang g toilet je..byk minum air...berbotol2 air abis aku minum...he..he...so yesterday amik kesempatan tidozz.....so ari ni dah sihat sikit cuma batuk-batuk masih kedengaran...harap aku cepat sembuh...
Posted by Fara at 1:00 PM 0 comments
Monday, February 22, 2010
Cough..uhk!..uhk!....
dari ptg semalam tekak aku rasa cam pedih-pedih...ermm punca nak batuk....ni semua penangan shopping kt Wang Kelian lam cuaca yang panas terik...sendiri tanggung la kan...pastu malam semalam dah start that sound...Uhuk!...uhuk!..uhuk!...oh no!!..aku dah terkena virus batuk....so ri ni g keje cam nak demam lak...tekak perit je rasa..badan cam suam-suam....makan pun xlalu...beli STREPSILS....cuaca skang mmg panas...so penyakit mudah merebak....oleh itu banyakkan minum air suam ye....
Posted by Fara at 3:25 PM 0 comments
Shopping @ WANG KELIAN
Yesterday (Sunday) aku g antar adik aku yg dua org tu balik UITM ARAU...mama ikut sekali....sebernarnya aku ngn mama dah plan nak g Wang Kelian...so kitaorg bertolak kul 9...sampai UiTM dalam kul 11 ++.....pas je antar dorang kitaorg terus menuju ke Wang Kelian...tak susah nak carik jalan g sana...perlis kecik je...so pusing2 akan jumpa jalan ke sana..signboard pun banyak...tp yang mencabarnya kena lalu jalan berbukit sebelum sampai Wang Kelian...bukit bole tahan tinggi gak tp yang tak tahannya selekoh semua curam-curam....gerun jap aku....hubby relax je...bila sampai je sana ramai gakla manusia membeli-belah...semua hangkut set comforter....mmg murah....sebelum pegi kitaorg dah dpt info dr jiran kitaorg...dia ckp comforter set mmg murah.....so first step kitaorg jalan-jalan area Wang Kelian dulu....cuaca??...wah!!! bole tahan panasnya....aku siap bawak payung gi....tp berangin....bila tgk set2 comforter yg murah2..terus ilang panas aku....cantik-cantik.....pastu aku ngn mama ternampak plak tikar buloh..yg patern skang ni....petak-petak cam DAM AJI....ramai gak org beli..kitaorg sj tanya bape harga.....dia ckp RM24/each....HA???????????....murah siot...aku terus amik 2....kalau kt expo sini atau kedai-kedai karpet pakistan mau dalam rm40++.....saiz besar....pastu aku amik gak set comforter 1..mama aku amik 1....jalan2 nampak plak pasu bunga made from rattan...sj tanya harga...xde niat pun nak beli...cewah!!....aku target lam RM 35++....yelah kraftangan kan....dia ckp RM18..tp dia bg RM15 je...aku yg xde niat tadi ni terus berniat nak beli..he..he...amik satu.....sempat shopping baju pregnant untuk adik ipar aku....tak lupa jugak beli cenderahati....TOPI PAYUNG...pastu terus berjalan tanpa menoleh kiri kanan dah....ENOUGH!!!....lagipun kepanasan melampau....pastu decide nak pegi tgk border...selalu hari ahad kita bole masuk SATUN tanpa pasport...tu uniknya Wang Kelian....hubby dok lam kete..aku ingat nak g amik gambar je..so handbag tinggal kt hubby...sebab org yg jual air tu cakap jauh gak nak pegi pasar SATUN....mula-mula jalan kat check point Malaysia....lepas tu ada gate border...pastu masuk plak Thai check point....rupa2nya pasar SATUN lepas custom check point je pun..CEH!...tipah tertipu...so mama aku nak g carik pulut...pulut siam mmg cantik....beli lam 5KG....aku yg xde duit ni :-( terpaksa la pinjam duit mama aku jap....pastu mama g beli lesung somtam..mama ckp kt Malaysia mahal...dalam RM20++... tp kt SATUN RM10 je....aku ngan mama sempat beli ikan bilis....kt Satun mmg murah..sekilo baru RM15......tangan pun dah penuh..xlarat bawak pulut..so terus balik..sampai kt kete hubby terkejut..hubby ckp xbawa handbag pun tangan penuh ke??...ha..ha...tulah PEREMPUAN......so terus g Kangar makan-makan...then balik umah....LETIH!!!......
Candid by Hubby.....
Muka tatak tenyum.....
alahai.....
Balas dendam kembali.....he..he..
Welcome to Wang Kelian....
Welcome to Thailand- SATUN Thailand Custom Check Point
Satun Market....
Jalan Ke Wang Kelian yang mencabar....
Selekoh bahaya....
Perlis (pandangan dari bukit ke Wang Kelian)
Posted by Fara at 1:30 PM 1 comments
main masak-masak....
tengok tajuk entry ni tingat zaman dolu-dolu....suka main masak-masak ngn kawan-kawan..tp bila dah kawin ni xde main dah...kena masak real punya...ha..ha...last saturday turn aku cuti....so kena masak...lauk simple2 je....takde mood lak nak masak beria2......petang tu iwan ajak g tgk sofa...aku ikut je....xrasa nak beli sofa pun (he..he..puncanya....? - ada lam entry lepas)....tp dalam xrasa nak beli sopa tu aku sambar gak rak buku...memandangkan buku aku masa study dulu bole tahan la byk...so nak susun elok2 la..mana tau ada rezeki aku nak sambung study...so bole refer buku lama.....so layan gambar je la ye....
Sayur Goreng
Sup Ayam
Posted by Fara at 1:12 PM 0 comments
Thursday, February 18, 2010
Rahsia Perempuan
bole caya ke artikel kt bawah ni????....lu pikir la sendiri...
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
________________________________________
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
________________________________________
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
________________________________________
Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
________________________________________
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
________________________________________
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
________________________________________
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!
________________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… !
________________________________________
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
________________________________________
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
________________________________________
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
________________________________________
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
________________________________________
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
________________________________________
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
________________________________________
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
________________________________________
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
________________________________________
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
________________________________________
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…
________________________________________
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
________________________________________
Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!
sumber: isuhangat.net
Posted by Fara at 4:35 PM 1 comments
Wednesday, February 17, 2010
XTVT sepanjang CNY
Gong Xi Fa Choi....xin nian kuai le...angpow lai le...he..he..dah lama xckp mandarin ni...cewah!!...banyak dah lupa dah...upss!!....ni bukan entry sal class mandarin ye....aku cuma nak bercerita tetang xtvt aku sepanjang CNY baru-baru ni....sebelum ni kan aku plan nak g holiday..malangnye terpaksa dibatalkan..hubby ckp CNY xbest g holiday..byk kedai tutup..pastu lak semua tempat penuh..crowded sgt...semua org nak g holiday masa ni la kan?...makanya...terpaksa ditunda....so first day CNY pagi-pagi lagik aku ngn family berkelah di AIR TERJUN SEDIM...korang besa dengar tak air terjun ni?...best woo....dekat kulim je...kitaorg g 3 buah kete....1 kete kakak aku..1 kete aku & 1 kete student kakak aku...dorang pun join gak...family dia dtg dr kl...wah!!...semua bergumbira mandi-manda disitu..lupa diri jap..siap sewa pelampung ni....hubby nak ajar aku berenang tp failed...huuuhuuu..xreti nak imbang badan aku yg TERAMATLA 'RINGAN' ni.. ;-P bekalan makanan tidak dilupakan...wajib dowh!!...mama aku buat nasi lemak....then mak Mas goreng nugget...banyak... 3 ari 3 mlm leh makan nugget tuh...he..he..kitaorg lepak sampai kul 2 ptg...pastu berangkat balik sebab kul 3 nak g kenduri lak....balik umah mandi-mandi...siap2 g kenduri lak..bw bib (adik ipo aku) ngn mak dia...kakak aku drive....sikit punya adventure nak g kenduri kawin kwn adik ipo aku tu...(aku pun dijemput sebab kakak pengantin opismate aku)...nak masuk kawasan umah dia kena melalui estate getah..pastu jalan pun sempit sgt...kete xleh selisih....simpang pun byk...byk kali gakla kitaorg sesat...tanya org akhirnya berjaya sampai umah pengantin tepat kul 5..elok sampai org pn dah runtuh khemah..ha..ha...nasib baik ada makanan lagik..so kitaorg mknla sikit..lepak jap kitaorg pn balik....yang kelakarnya...dekat umah pengantin tu ada jambatan kecik...tp tinggi..so masa pegi tu kete akak aku tersagat gak la....jadik masa nak balik kitaorg pakat2 turun & jalan kaki.. lepas jambatan tu baru naik kete lik...fuh!! mencabar....sempat lapo lik bila sampai umah..ha..ha..sib baik ada nugget...malam tu kuar makan ramai-ramai..Mas blanja..TQ Mas (student kakak aku)..len kali blanja la lagik ye...pas makan time to KAROK.....g karok kt landmark kulim....bilik superb!...mcm VVIP laks....hentam nyanyi 2-3 lagu...siap duet ngn hubby lagu "SANDARKAN PADA KENANGAN"...tu pun jenuh pujuk.....sampai kul 12...balik umah zzzZZzzz.....esoknya siang xde apa xtvt...rehat-rehat je...kul 2 iwan (adik lelaki aku) call ajak g tgk sofa..dia ckp ada sales...so decide nak g kul 5...hubby ajak lik umah MIL....kul 5 siap2 g umah mama then erin call..iwan kena g factory...chamber problem..alahai rancangan tergendala...so terus balik umah MIL...sampai umah MIL sapa pun xde...semua g tgk umah baru abg ipo aku...so hubby pn terus drive g situ...tgk2 jap...then MIL minta kitaorg bw dia g tgk mak biras aku yg sakit...so terus pegi sana...pastu erin call nak ajak g makan char kue teow dekat Alkaria BM....lepas lepak jap umah biras aku kitaorg bertolak g makan char kue teow....bawa sekali MIL...erin nak blanja sebab esoknya dia nak lik kl dah....sampai kedai tu terus order nasi goreng udang....cepat gak service dia...dah kenyang terus balik umah MIL....esoknya seharian dok kt umah MIL....xde xtvt pun..lepak-lepak je...sampai malam terus balik umah sendiri...aduh!!! itu je lah xtvt aku sepanjang CNY holiday ni....
Posted by Fara at 3:07 PM 0 comments
Thursday, February 11, 2010
serba tak kena
apsal ntah ari ni aku rasa semua serba tak kena..dahla bangun lambat g keje...kunci jam kul 8.10pm...ish!...takkan aku keje malam kot....sudahnya alarm tak bunyi kul 8.10 pg td..he..he..nasib baik tersedar..tu pn dah kul 8.20....apa lg kelam kabut la aku ni....masuk-masuk opis byk plak keje kena follow up...baru kejap td customer plak buat hal...rasa cam nak marah je..tp boss selalu ckp "customer is always right"....ermm apa kes???
Posted by Fara at 12:07 PM 0 comments
Wednesday, February 10, 2010
i'm back!!
BERIANI AYAM
DALCA DAGING
KUZI AYAM
Posted by Fara at 3:30 PM 1 comments
Friday, February 5, 2010
Makan..Makan..dan Makan lagi....
actually ni request from my brother..dia suh aku wat makan-makan kt umah aku...since aku dpt rezeki lebih last month so better gak wat kenduri kecil-kecilan...aku decide nak buat mlm esok sebab esok aku cuti..so ada masa nak prepare fud tuk mlm tu..aku xjemput sesiapa pun..just my family members (including my MIL's family)...so planning menu for tomorrow night:-
1) Steamboat (request from my bro gak)-ish!! asik request je la mamat ni...
- 2 soup (tomyam & normal) - will prepare by my mother
2) Spaghetti - bolognaise & carbonara
3) Pizza - import from kak liza
4) Nugget - side fud
Esok lunch menu aku nak try prepare nasi beriani..ha..ha..ada bran ka???....wait and see ya..nanti aku upload gambonyer kalau menjadi la...so mlm ni nak g shopping.....jomm!!...
Posted by Fara at 5:02 PM 1 comments
Thursday, February 4, 2010
Orang Kaya Yang dah KAYAP
opss...ari ni aku jadik org kaya sekejap..actually everymonth aku main "KUT" dengan opismate..so sorang akan dapat RM1300 kalau main utk RM100...this month giliran aku mendapat habuan itu..Alhamdulillah...rezeki..tp aku ni kaya kejap je la..duit-duit tu nak bayar segala hutang-hutang yang tertunggak...Alhamdulillah la kan dapat aku settle hutang apa yang ada....ringan sikit kepala aku ni...mls nak pikir dah...pastu lak duit tu leh cover expenses yang telah melebihi had limit untuk bulan ni....nak buat macam..unpredictable case...
Posted by Fara at 12:38 PM 0 comments
Wednesday, February 3, 2010
Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
Posted by Fara at 5:08 PM 1 comments
Monday, February 1, 2010
My Car Sakkkiitttt......
cian je aku rasa...yelah kete kesayangan aku sakit....yang lagi sedih bila kete aku sakit...aku ni lagi la sakit...sakit nak membayar....so kesian kan diri aku jugak...petang ni nak bawa jumpa doktor...doktor tu cakap cost rawatan maybe dalam RM 550.00....waaaaaaa!...melepas mak nak beli sopa baru jah...kesian kt mak kan??....
Posted by Fara at 3:47 PM 1 comments
Weekend Menu
hohhooohoo....kt blog ni aku leh update apa yg aku masak..takdenyer orang nak dengki-dengki...kalau ada gak lantak ler..ni blog aku...so aku leh tulis apa yg aku suka...kalau ada org tak suka jangan baca ye kawan-kawan...ermm...yesterday aku tak jadi balik umah MIL...cam malas la plak...so plan this weekend je lah..makanya aku merajinkan diri memasak...buka-buka freezer ada ayam...so aku pk masak yang simple je....aku masak nasi ayam...sambal tauhu (tauqua) dan sup cendawan..kali ni ayam aku xgoreng..ubah sikit resepi...aku masuk dalam nasi terus..then nasi tu aku letak sedikit mentega....he..he...ok la jugak...hubby cakap sedap..(ni sure klu si anu baca ckp aku perasan ni)...tak baik kan??.....
Posted by Fara at 3:35 PM 0 comments