Tuesday, May 18, 2010

Hepi Besday B....

TO : En. HUBBY....(AHMAD NAZROL IBRAHIM)


Hepi besday to u...hepi besday to u...hepi besday to sayang..hepi besday to u.......

Hari ni birthday hubby yang ke.....????

Fara doakan sayang semoga dipanjangkan umur.....dimurahkan rezeki....sentiasa diberkati Allah didunia dan akhirat.....

Fara tau sayang banyak sangat cita-cita dalam hidup..terutamanya cita-cita berkaitan hidup kita bersama...semoga sayang tabah hadapi setiap dugaan dan cabaran..tingkatkan usaha..jangan berputus asa..insyaAllah impian akan tercapai...I'm always wit you....thanks a lot sebab jadi suami yang terbaik.....LOVE U.....

FROM: UR LOVELY WIFE...


Wednesday, May 12, 2010

Saya Nak CUTI Boss!!!!


KEPADA MR. BOSS,


sekejap lagi saya akan submit satu leave application untuk hari jumaat ni....dengan harapan semoga Mr. Boss dapat approvekan cuti saya itu....reason kenapa saya nak cuti seperti dibawah:-


1) saya nak cuti...


2) saya memang nak sangat cuti..


3) saya terlalu inginkan cuti...


4) saya desperate nak cuti...


5) saya perlukan cuti untuk lepak dirumah....


sekian terima kasih....


IKLAS DARIPADA STAFF YANG NAK BERCUTI..


* agak-agak boss accept tak reasons aku tu???????????.......

uuupppssss!!.....

citer ni khas kepada WANITA SAHAJA....kalau LELAKI curik-curik baca citer ni....jaga-jaga mata naik ketumbit...ha..ha...



“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”


Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang ...keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;


“Hah? kamu nak pergi apa????”


Dengan slumber pula dia menjawab,


“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~”


sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran. Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…


“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”


Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;


“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”


Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!


“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”


“Kah~kah~kah~”


Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut. “Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…


“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???”


Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…


“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”



p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

Monday, May 10, 2010

~ SELAMAT HARI IBU ~


"HAPPY MOTHER'S DAY" untuk semua yang bergelar ibu.....sememangnya segala pengorbanan ibu dan semua penat lelah ibu dalam membesarkan kita adalah sesuatu yang perlu kita hargai...ketahuilah tiada sedikit pun rasa marah..kecewa...malahan rungutan dari ibu sewaktu menjaga kita...oleh itu sebagai anak kita perlulah hormati mereka dan jangan derhaka kepada ibu kita...ingatlah SYURGA ITU TERLETAK DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU...


*semoga aku cepat jadi ibu...AMIN!!!

Al-Fatihah Buat MAK


Sempena hari ibu ni mengingatkan aku dekat arwah ibu mertuaku....aku sempat ucapkan "SELAMAT HARI IBU" pada tahun lepas dan aku telah belikan sepasang kain buatnya....dia begitu gembira sekali melihat kain tersebut dan cepat-cepat dia pegi tempah....dan secara kebetulan kali terakhir aku bertemu ibu mertuaku di hari menziarahi jenazah ibu biras aku..ibu mertuaku memakai baju kurung dari kain yang aku hadiahkan...semalam hubby nampak sedih..aku tahu dia teringatkan arwah...MAK..segala penat lelah dan pengorbanan yang mak lakukan dalam membesarkan anak-anak mak sesungguhnya tiada nilai yang dapat menggantikannya.....kami sentiasa doakan mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...AL-FATIHAH...

Happy Mother's Day Buat MAMA














Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan "SELAMAT HARI IBU" buat mamaku yang tersayang...terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik untuk kami sekeluarga....kasih sayang dan segala pengorbanan yang mama berikan memang tiada nilainya...kami sekeluarga memanjatkan doa kehadrat Ilahi semoga mama dikurniakan kesihatan yang baik...sentiasa ceria dan bahagia...AMIN.... WE LOVE U MAMA...




Monday, May 3, 2010

Weekend wit Kenduri Kawin

dasat..dasat....sempena coti buroh baru-baru ni ramai sungguh orang wat kenduri kawin....yelah semua org coti...so senang sanak sedara nak attend kenduri tu kan....mokcik pun dijemput menghadiri kenduri kawin....ari sabtu mokcik ada 1 kenduri...semalam lak mokcik ada 2 kenduri...lotih mokcik makan nasi minyak...pastu lauk daging...humang aii....sakit dah kepalo mokcik ni....raso-raso kalau g jumpa doktot mesti darah naik....malamnye lak bonda mokcik ajak g makan kt umah...kato dio la ado nasi minyak lobih...adik ipo mokcik bawak dari ghumah mak dio....so kesimpulannnya weekend mokcik yg lepas dipenuhi dengan nasi minyak..he..he...